ye aku tahu korang semua sedang sibuk buat dodol untuk beraya..
tapi bagi aku, aku lebih minat untuk merosakan sedikit seni dan menghasilkan beberapa benda merepek, bagi gua bila ianya terhasil ia cukup untuk memberi kepuasan pada diri aku.
blog ini hanya akan mengetengahkan segala apa yang aku cuba hasilkan tanpa gangguan nyamuk, lalat ataupun serigala.
SENI?
apa itu seni?
menurut sumber yang dipercayai, SENI adalah "sesuatu ungkapan perasaan". Segala pengalaman, imaginasi, bayangan, ilustrasi boleh diterjemahkan kepada beberapa keadaan, dan bagi aku dengan menghasilkan beberapa karya, grafik, ilustrasi atau apa pun biar la seburuk mana pun, kerana kadang kadang, yang buruk itu ialah seni. SENI bukanlah pada karya yang dihasilkan dengan cantik, tersusun dan teratur, walhal karya dari setitik air di atas kertas sudah cukup menggambarkan itu ialah seni. SENI terdapat dalam pelbagai bentuk, warna dan macam macam la.
haha?! nampak tak ulasan yang membangun dari aku? ini semua tipu je, sebab itu semua SENI pada aku. Pada korang semua? masing masing la kan?=)
sebenarnya, aku memang meminati apa sahaja yang dikaitkan dengan seni. Macam macam cara aku penah cuba untuk menghasilkan sesuatu yang aku inginkan, untuk kepuasan diri aku sendiri. PHOTOSCAPE, PAINT, MICROSOFT POWER POINT, PICASA serta ADOBE PHOTOSHOP adalah beberapa software yang aku telah gunakan untuk menghasilkan sesuatu demi kepuasan diri aku.
jadi tiba tiba aku tergerak untuk menghasilkan satu lagi blog, hanya untuk aku deklamasikan apa sahaja yang aku hasilkan yang pada aku, itu ialah SENI.. hehe!
ok, aku tahu macam gampang, memang tak ada fakta tentang seni langsung, apa yang aku tulis kat atas tu. HAHA!
SEKIAN!~