gua punyaa

Ahad, 27 Oktober 2013

Kisah BAJU 2



Design TEE SHIRT 1 Keluaran gua 

Anak pertama seleps gua berhempas pulas mencari apa itu minat gua, tak bagaimana merealisasikan nya, gua telah menghasilkan sebiji baju "JUVANA". Dengan kepakarana tahap C yang gua ada untuk editing, buat logo, buat segala corak di baju dengan menggunakan PAINT tool.

Gua berjaya menghasilkan sebiji baju sempena drama popular suatu ketika dahulu iaitu JUVANA, drama tv3 yang memaparkan kisah seekor kura-kura dan harimau bintang yang cuba memikat hati sang duyung di laut.Alhamdulilah, dengan hanya secebis usaha untuk mencari kedai cetak , serta pembekal baju. Dengan sedikit Ilmu yang tidak pernah di ajar di sekolah, gua jumpa satu kedai di kawasan perumahan gua.

Di situlah pertama kali gua bebincang seperti ingin melakukan projek juta juta, dan selepas beberapa hari, baju yang telah di tempah secara Online di PAGE "Apek" salah satu nama watak dalam cerita JUVANA sudah siap dan gua edarkan.

Tapi apa yang mengecewakan ialah, Saiz BAJU M macam XL, kembang tepi, lebar tangan, kecik leher. Dan baju tersebut memang cantik, sebab design gua yang buat. tapi kualiti baju macam hareeeeeeeeemmmmm.. Di situ gua belajar sesuatu.

PASSION lu orang ape benda?

Tepung mampu mencipta MINAT
Cari apa minat kita, dan buattt!  mungkin kadang kadang kita kene lupakan minat kita yang sebenar, dan lakukan perkara yang kita tak suka dahulu.

contoh kita minat memancing, mungkin kita belum mampu memiliki batang pancing dan jugak membeli umpan. jadi kita lakukan apa yang kita tidak minat dahulu untuk belajar sesuatu sebelum lakukan ape yang minat iaitu MEMANCING kawan-kawan, perempuan dan sebagainya. Dalam kata lain, masih memancing, tapi kita tidak suka, kita belajar dari perkara itu..
Contoh lain, kita minat menjual nasi lemak, tapi tidak tahu cara memasak nasi lemak. Kita boleh cuba dengan makan semua jenis nasi lemak dan mintak resepi daripada semua penjual nasi lemak, kita tengok nasi siapa yang berlemak. Kemudian, capai cita cita kita itu.

FAST action FAST result

Gua tengah asah balik bakat menulis ni, selepas sekian lama bertapa, pensil pun dah patah, pemadam pun dah hilang, pengasah pensil pun dah tumpul.

Harga Macam OrenSport tapi KUALITI GILDAN BRO

Kisah Baju 1

Kicap bukan baju.

Minat gua terhadap baju sudah terbukti sejak gua lahir lagi, ibu gua bapak gua semua sangat membantu mengembangkan minat gua yang m
endalam terhadap baju ini. Sejak lahir lagi, gua dah nampak minat terhadap baju, apabila gua lahir sahaja, gua disarungkan dengan tuala, tuala menggunakan material cotton iaitu material sama seperti baju baju lain. Pertama kali gua memakai baju, gua terus memasang cita cita untuk sentiasa memakai baju dari dulu sehingga la gua sekarang. Alhamdulilah.